Wednesday, March 23, 2011

Menu apa waktu hujan-hujan petang ni?

Char kway teow
Nah haihh...!!! Char Kway Teow Seri Siantan pulak dahh...



 

Sebenarnya bukan kami tamak nak buat menu itu ini, tapi permintaan pelanggan adalah sesuatu yang sukar kami tolak, takut mereka tersinggung dan kecil hati, jadi terciptalah versi Char Koey Teow Seri Siantan (CKTSS) ini.


 


Di antara versi-versi char kway teow yang ada di pasaran.....

Hujan-hujan di petang macam ni memang tak ada lain dalam kepala kita. Kalaulah boleh menikmati masakan yang panas-panas dan beraroma, pasti kita tak lepas peluang punya. Jadi apakata kalau kita berkunjung ke Seri Siantan tatkala hujan turun waktu petang? Untuk makluman anda, CKTSS disajikan setiap hari di restoran ini (kecuali Ahad dan cuti) dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam.


 Inilah Char Kway Teow versi Seri Siantan...




Beginilah keaadaannya di Seri Siantan ni, kami menyediakan apa sahaja yang pelanggan minta. Inilah letaknya keunikan kami. Secara tak lansung juga membuktikan kebolehan kami dalam perkhidmatan penyediaan makanan ini.


 Selamat menjamu selera nanti yarch!

Untuk pertanyaan sila hubungi kami 012-4667045






Berikut adalah sedikit maklumat kajian kami tentang Char Kway Teow
_____________________________________________________________________________________
Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.
Semasa  masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien. Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual char kway teow pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.

Etimologi

Istilah "Char kway teow" ialah transliterasi aksara Cina, "炒粿條", bersandarkan loghat Hokkien, salah satu kelainan pertuturan bahasa Cina. Lebih tepat lagi, "炒粿條" disebut sebagai chha2-koe2-tiau5? dalam loghat Hokkien, dan cháo guǒtiáo? dalam bahasa Mandarin.
Bagaimanapun, oleh sebab Char kway teow dibawa dari kawasan pertuturan loghat Hokkien ke kawasan pertuturan loghat Kantonis, nama Cinanya dicemarkan sebagai "炒貴刁". Ini disebut sebagai caau2 gwai3 diu1? dalam loghat Kantonis dan cháo guìdiāo? dalam bahasa Mandarin. "" tidak memiliki sebarang makna literal, tetapi bunyinya dalam bahasa Mandarin adalah serupa dengan "粿條" dalam loghat Hokkien.
"Char kway teow" seringnya dikenali sebagai "Char kway teow Singapura" (星州炒貴刁) atau "Char kway teow Malaysia" (馬來炒貴刁) di Hong Kong bagi menekankan tempat asal hidangan itu.
Dalam masakan Vietnam, hidangan mi goreng yang agak serupa dikenali sebagai hủ tiếu.
Pelbagai versi char koay teow telah dicipta. Perkara ini biasa ditemui di Pulau Pinang, Malaysia. Terdapat juga char kuay teow yang dicampurkan dengan telur itik (untuk memperkayakan rasanya) dan daging ketam (untuk menambahkan manisnya).

Rujukan: Wikipedia

Monday, March 21, 2011

Wahai Sekelian Peminat Bihun Sup



Kuseru Sekelian Peminat Bihun Sup!!!!




Duhai sekelian peminat bihun sup
mahu tak berkongsi satu cerita
cerita tentang sebuah kedai makan
yang menyajikan bihun sup cara utara


















Mulanya dengan bihun sup ayam
Sup Ayam Puteri nama timanngannya
kini setelah pelanggan meminta
bihun sup daging diperkenalkan pula
Sup Daging Putera nama timangannya
untuk peminat bihun sup yang setia.





Duhai sekelian peminat bihun sup
dari seluruh pelusuk negara
datanglah ke sini menikmati bihun sup kami
supaya selera kalian semua terisi
sama seperti aku dulu
yang memburu bihun sup di mana-mana.


Tidak mustahil suatu hari nanti
bihun sup tulang juga kan ku beri
tanda pelanggan yang kami hargai
selera kalian yang berbagai-bagai
harap kalian tak boleh tinggal.





Hai sekelian peminat bihun sup
aku tahu di mana kamu,
datanglah ke Seri Siantan tempat tujumu
demi semangkuk bihun sup utara
buat mengisi perut yang sedang meminta.



Nukilan
Sani Stapha '11

Saturday, March 19, 2011

"Lapar Koey Teow Bandunglah pulak..."

Koey Teow Bandung @ Seri Siantan
Koey Teow Bandung @ Seri Siantan



Ermmm..hmm..korang semua dah makan belum lagi ni? Mesti terfikir-fikir nak
makan apa petang ni kan? Apa kata kalau kita try pekena Koey Teow Bandung?
Oklah, aku perkenalkan satu lagi menu iaitu Koey Teow Bandung Seri Siantan
(KTBSS). Bak kata orang, lain padang lainlah pulak belalangnya kan, maksudnya
lain restoran atau kedai makan, lain pulak cara koey teow bandungnya..yer tak?
Jadi dari segi rupa dan fizikalnya korang tengoklah sendiri KTBSS ni.


Close up Koey Teow Bandung Seri Siantan ~
kalau nak diikutkan dalam KTBSS ni mengandungi isi ayam dan isi udang.
Sebenarnya ada dua ekor udang dalam KTBSS ni, tapi entah macamana tah
udang sekor lagi bersembunyi di sebalik koey teow, bak peribahasa orang
tua-tua ada udang di sebalik batu lah pulak...hehe.. 
Manakala telur kuningnya pulak kelihatan terlindung di balik dedaun saderi.
Telur putihnya aduhai, pecah tak pecah gitu, meliputi kuahnya yang
pekat dan menyelerakan. Aku sendiri pun rasa teruja dan ghairah
ingin menikmatinya dengan segera. Korang pulak bagaimana yer?




Bagaimana nak menikmatinya?
Tak susah sebenarnya nak menikmati KTBSS ni. Cuma perlu ada sepasang
garpu dan camca, dan sehelai tisu pengelap mulut, mana tahu kuah terleleh ke
dagu nanti kan, dan dengan segelas air limau kasturi ais, korang semua
dah boleh menikmati hidangan yang lazat ini..mmmuah! Tapi awas, sebab
masa aku test menu ni tadi, lidah dan langit mulut aku dah melecur..huhuu..
tu lah sebab tak sabar-sabar nak masukkan semuanya ke dalam mulut..
Manekan tidak, tak tau nak makan yang mana dulu, ayam ka, udang ka, telur ka,
sayur pun nampak sedap jugak, koey teownya pun nampak bersari saja,
last-last haaa kan dah terkena..


Nostalgia tentang Koey Teow Bandung
Di sebalik kelazatan KTBSS yang bervitamin dan berkhasiat ini, aku sebenarnya
terkenangkan hanya satu sahaja tempat yang pernah bagi aku makan
koey teow bandung yang paling sedap. Tempat tu adalah di Tanjung Dawai,
dekat pantai berhampiran pondok polis, tak tau ada ka dak lagi kat
situ sebab seingat aku dah lama dah peristiwa ni berlaku, sekitar tahun 1992
macamtu kot..yang best dia sebab makan dangan Abang Sha, Paktih dan Chon
masa kami baru turun dari Gunung Jerai nak pi ke Pantai Merdeka..kena pulak
waktu tu orang belanja..hehehe...

 Oh ya, korang semua tak nak tanya ka siapa yang masak menu ni?
Ermmm...tak payah bagitau lah....esok-esok datang korang tau sendiri jer lah..hehehe..

Saturday, March 12, 2011

Tiada yang lebih bermakna selain dari "Persahabatan"

Tentu hangpa semua masih punyai memori indah waktu nakal-nakal semasa remaja di bangku sekolah menengah dulu kan? Dalam nakal-nakal waktu tu terdapat ramai kawan-kawan satu geng yang macam satu mak satu pak, pi ke mana tak berenggang. Ada jugak kawan-kawan yang menjadi musuh ketat, selalu bertengkar macam anjing dengan kucing, last-last bila dewasa jadi laki bini pulak... Bukan niat aku buat blog ni untuk mengungkit masa lalu, tapi sebagai manusia yang cintakan sejarah, aku amat sensitif dengan kenangan-kenangan, tak kira yang indah atau yang pahit, kerana aku adalah sebahagian daripada kehidupan hangpa dan depa, dan hangpa dengan depa jugak sebahagian dari hidup aku.

"Sememangnya FaceBook nilah yang paling berkesan dalam mempercepatkan pertemuan aku dengan kawan-kawan aku ni. Walau ada orang menyalahkan FB dengan berbagai gejala sosial yang lain, terpulanglah pada diri masing-masing dan cara nak manafaatkannya. Aku cuma ambik hat mana yang baik saja no..."

Ok, bersangkut pasal topik kali ni, aku nak ceritakan bagaimana pengalaman aku dapat bertemu kembali dengan beberapa orang kawan melalui FB, depa mai ke restoran aku. Satu pagi tu, aku mendapat sms dari Ruzaimah nak datang mencuba menu yang ada kat Seri Siantan. Aku pun apa lagi, keluar cari beberapa bahan mentah termasuk siput retak seribu untuk dimasak bagi menyambut sahabat lama aku tu. Tergezut jugak aku bila tengok anak daranya dah besar, dia tu takda apa-apa sangat, biasala orang pompuan memang aku boleh agak akan berlaku sedikit perubahan punya. Aku tumpang happy dapat berkenalan dengan Hubby dia yang macho dan penyayang, lantas aku abadikan gambar ini sebagai tanda kenang-kenangan.



 
 
Lihatlah keakraban isteri aku dengan sahabat lama aku ini, walaupun baru diperkenalkan, namun mereka pulak yang nampak lebih mesra, macam sahabat lama yang baru bertemu
semula.
 

Berikutnya pada sebelah malam hari yang sama, seorang lagi sahabat lama aku datang mengunjungi aku. Aniza Abu Bakar dengan hubby dan dua cahayamatanya. Pada malam tu sempat jugak aku dan isteri beramah mesra dengan depa. Maklumlah dari keluar sekolah tak pernah jumpa, masing-masing tengok dah nampak banyak berubah.



Bagi aku inilah nilai persahabatan sebenar yang aku rasai. Tak sangka pulak bisnes aku yang satu ni telah berjaya mengumpulkan kawan-kawan lama. Bagiku inilah SATU DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHIDUPAN AKU, walaupun hakikatnya aku masih belum betul-betul berjaya. 

Makan Hidang di Seri Siantan.

Makan Hidang di Seri Siantan.
Ini Menu Pilihan Saya...
Pilihan Anda Bagaimana Pula?

Selamat petang semua!!!
Berjumpa lagi kita dalam posting terbaru saya ini.  Anda semua dah makan belum?
Oleh kerana hari ni hari Sabtu, ramai yang berkesempatan  berehat bersama keluarga di rumah,
berpeluanglah untuk menikmati sajian yang disediakan oleh isteri kesayangan masing-masing,
betul tak?

Bagi yang dalam perjalanan sempena cuti sekolah, tentunya tercari-cari tempat untuk singgah makan-makan sementara meneruskan perjalanan anda. Atau juga mungkin antara penghuni berhampiran Sungai Petani ini yang masih lagi belum keluar bercuti, pastinya anda berkesempatan untuk berkunjung ke Restoran Seri Siantan hari ini untuk menjamu selera bukan?

Apa idea makanan anda hari ni? Dah jemu makan secara longgok, apakata pulak kita cuba makan secara hidang. Sebenarnya, untuk pengetahuan anda semua, Seri Siantan merupakan salah satu restoran yang menyediakan masakan Citarasa Kampung secara panas dan hidang ataupun di Sungai Petani ini,  kalau dalam istilah F&B dipanggil A’la Carte. Mungkin kita sudah terbiasa makan secara layan diri sebelum ini atau secara buffet, dengan mengambil makanan bermasak di atas takung atau chafing dish. Tetapi makan secara hidang ini akan lebih menambat selera kita, apatah lagi dalam masa yang sama kita memesan makanan baru untuk di masak, kemudian dihidangkan panas-panas di hadapan anda. Wow, tentunya satu pengalaman yang menakjubkan bukan? Bayangkan kalau masakan tersebut dihidang bersama kuali dan pelapiknya di atas meja anda, atau dengan periuk tanah mendidih-didih sehingga menerbitkan aroma yang tersendiri...hmmm.. (nasib baik saya dah makan tadi, kalau tidak tentu saya dah stop dulu menulis ni sebab nak tengok apa yang ada kat dapur tu..hihhii..)









Ok, saya sampai lambat ke restoran hari ni, kebetulan ada kerja luar dari pagi tadi. jadi ini ada sedikit rakaman yang ingin saya kongsikan bersama dengan anda...

Masa balik tadi tengok ada pelanggan di meja luar sedang makan-makan. Si ayah tu, bukan  
main berselera makan sampai tak panggung-panggung kepalanya, sehinggakan saya masuk  
pun tak sedar..hmmm..

lalu saya terus ke dapur, tengok si chefnya pula tengah bergayut telefon. Agaknya tengah berehat kot, selepas penat memasak tengahari tadi. Kalau nak kenal, inilah Chef Suzilina @ Taukeh restoran Seri Siantan ni. Pengalaman paling besarnya adalah memasak selama beberapa belas tahun untuk suami tersayangnya, yang banyak cerewet tentang masakan. Suaminya ni lah yang kadang-kadang buat dia pening kepala sekarang ni. Manakan tidaknya, selalu buat kalut rekomen menu a’la carte yang susah-susah..



     heii, apa la punya suami ni..nasib baik  
     orangnya ermm boleh tahan, kalu tak dah 
     melayang periuk belanga ke kepala
     suaminya ni..hihhhiii..
     ermm.. apa macam dengan orang 
     ni? hehe...malulah..






























Okey, berbalik pada menu, hari ini isteri saya masak kari ikan kembong, maka pilihan saya sudah pasti 2 ekor ikan kembung dalam kari claypot panas-panas bersama kacang bendi. Sebenarnya di Seri Siantan ada 3 pilihan utama untuk memasak lauk kegemaran anda, samada ikan ataupun makanan laut lainnya. Anda boleh memilih samada untuk dijadikan KARI, ASAM PEDAS atau MASAK LEMAK CILI API. Sebagai contohnya, ada pelanggan sebelum ini yang dihidangkankan dengan ikan sembilang dimasak kari, asam pedas dan masak lemak. Ada yang meminta ikan merah untuk dimasak. Ada juga yang meminta ikan siakap dimasak asam pedas. Ada yang suka makan isi tenggiri masak kari, yang makan ikan kembung pun ada. Kadang-kadang ikan kayu atau mambu putih pun orang suka. Pendek kata mintaklah apa saja yang kami ada, pasti akan kami berikan sebagai sajian selera anda.


Sayur lemak taugeh dengan tauhu, atau orang kedah sebut tokoa. Memang ngam dengan kari panas ni. Seterusnya pelengkap kepada hidangan ini adalah sedikit ulam dan sambal belacan.









Ulam ni kalau nak rasa segar, dicampurkan sedikit ais kiub, rasanya akan lebih rapuh. Kalau tak percaya, cubalah buat tengok.



Haa..ini dia ikan gelama kering belah belakang. Kalau dah kena ni, jangan sampai tak pandang belakang lah pulak...











ini hidangan lengkap untuk hari ini, disajikan bersama limau kasturi ais. Segar tekak saya
petang ni dapat seteguk dua air ni...

alamak...dah habislah saya makan. Err..terlupalah pulak nak ajak korang semua makan. Maaflah yer, nak buat macam mana, masa makan tadi takda siapa nak cover foto saya...so inilah keputusannya yer..tinggal tulang saja..uhhukk..uhhukkk..

Sebelum kita berpisah, mari kita flashback sedikit poster-poster kenangan bersama rakan-rakan kita yang terdahulu mencuba menjamu selera secara hidangan a'la carte di restoran Seri Siantan dan mengalami pengalaman yang hampir sama dengan saya hari ini...





Hingga setakat ini dulu yer..Kepada semua rakan-rakan, follower dan pelanggan, terima kasih kerana menyokong kami selama ini. Kirim salam dengan semua kawan-kawan dan pelanggan yang pernah menjamu selera di Seri Siantan selama 2 bulan setengah beroperasi sebelum ini. Jumpa lagi di lain posting.

Wednesday, March 9, 2011

Alkisah; Nasi Goreng Kampung Seri Siantan



Alkisah; Nasi Goreng Kampung Seri Siantan



Sekali pandang biasa saja
tak ada beza butir biji nasinya
Seperti nasi-nasi goreng lain juga
Nasi goreng kampung nama panggilannya
Seri Siantan pemilik resepinya.

Cuba-cuba nasi goreng ini
Jadi pilihan pelanggan sehari-hari
Senang diminta harganya ekonomi
Makan sekali esok mungkin nak lagi
Kalau tak puas hati beritahulah kami.

Nasi goreng kampung Seri Siantan,
Ramuannya teradun sambal belacan
Telur hancur pulak sebagai ramuan
Sayur kangkong pelengkap hidangan
Bilis yang garing dijadikan hiasan.
























 







Nasi goreng resepi warisan ibu
Rahsia diperturunkan kepada si menantu
Telah tersenarai sebagai hot menu
Harganya murah boleh dimakan selalu
Kalau taknak jemu, makanlah selang seminggu.



Beginilah caranya pekerjaan kami
Khidmat ikhlas sambil mencari rezeki
Memberi yang terbaik semampu kami
Teguran dan komen yang baik sentiasa diperhati
Barang yang tak elok jangan disimpan dalam hati.

Nukilan
SaniStapha
9 Mac 2011

Monday, February 14, 2011

Bersedia untuk menikmati yang lebih “fresh”?


Sembilang Liar
Jangan main-main dengan sembilang ni..sengatnya boleh buat sengal seminggu. Tapi kenangkan isinya yang lemak aduhai...hmmm..ekor dan siripnya pula yang masih merah..hangpa fikir sendiri lah.. Sembilang ni aku beli 3 ekor dari peraih kat jeti Semeling. Pada mulanya aku nak ambil yang kecil-kecil, maklumlah takut yang besar nanti susah pulak nak jual. Tapi kata pakcik-pakcik kat situ yang besar ni lah baru kaww, aku beranikan dirilah beli sembilang ni. Sampai saja kat restoran, senang saja aku promote kat customer, 2 ekor jalan tengahari tu. Seekor dibuat kari, seekor lagi dibuat asam pedas. Fresh bukan?



Nahh..sebelanga jugak dengan isi sembilang ni. Bertuahlah customer aku hari ni kerana harga yang aku letak cuma RM25.00 complete dari ekor ke kepala siap masak.. Mana nak pi cari oiii...







Udang Harimau Liar Wild Tiger Prawn)

Nak rasa bagaimana enaknya daging harimau,..errr udang harimau lah erkk..datanglah ke Seri Siantan. Keenakan udang harimau liar ini yang dipukat sepanjang Sungai Merbok mengatasi rasa enak daging udang belaan kolam...

Yang ini pula adalah Siput Lokan. Spesis siput air masin yang terdapat dalam kawasan berlumpur paya bakau. Isinya manis, sesuai dimasak dengan rebusan serai bersama kulitnya sekali ataupun isinya diasingkan dan digoreng untuk pelbagai jenis masakan lain seperti padprik, goreng cili padi atau masak lemak..seleranya terpulang kepada anda..


Inilah isi siput Lokan kalau hangpa semua nak tahu.. Semangkuk macamni aku kira RM5.00 nett saja...
(Yang kecik kecik tu sipur retak seribu – tak termasuk pakej) Masa aku ambik dok terjelian-jelian lagi..so kalau hangpa nak makan yang fresh macamni, baik bagitau awal-awal, takut tak sempat aku nak bagi yang fresh, aku bagi yang dah masuk dalam chiller semalaman..kan dah kurang fresh!!






Tiram (Oyster)

Yang ni pulak Tiram..orang puteh kata Oyster.. Kalau makan kat hotel seekor RM60. Tapi makan kat Seri Siantan RM15 untuk 2 ekor siap masak.. Makanan eksotik macamni biasanya disajikan di restoran makanan laut cina. Tapi di Sungai Petani ni, Seri Siantan adalah antara restoran Melayu yang menyediakannya. Gambar di atas menunjukkan Tiram Stim Halia. Tapi kebanyakan orang suka makan mentah dengan ais, jus lemon dan kicap cair. Mesti ada sebab kan orang sanggup makan macamtu? Yang aku dengar orang kata khasiatnya baik untuk lelaki...hmmm..untuk tenaga batin lah kan, apa lagi. Yang ni diberitahu oleh seorang makcik kat aku...hehee..


Khazanah Sungai Merbok...
 

Sungai Merbok sememangnya kaya dengan pelbagai spesis hidupan laut seperti udang, ketam, siput dan ikan. Gambar di atas ini merakamkan sebahagian daripada kehidupan nelayan yang bergantung hidup di sungai ini mencari rezeki.


Ini  pengalaman aku...

Tengok tu, dulu-dulu aku jugak pernah merasai nikmat sebagai nelayan di sungai ni. Apa dia? Gambar X saja? Eh, tolong sikit yer, ni hasil tangkapan aku dengan jala kat sungai ni, yang letaknya di belakang rumah aku...Dek kerana gilakan udang-udang di sini, aku sanggup berhabisan membeli beberapa pucuk jala tau..tapi dengan gambar-gambar ni, terbukti berbaloi bukan? Udang kat bawah tu aku bedokkan kepada sedara mara dan jiran kat sini, mana yang tak habis aku buat kering dan tolak pulak ke kedai runcit tempatan. Otak bisnes la katakan...hehe..




Kesimpulannya:
Dari pengalaman inilah aku bawakan sajian untuk mereka yang tidak pernah merasai, mengalami atau telah lama tinggalkan pengalaman macam ni supaya dapat bersama aku melalui sajian di restoran Seri Siantan. Khas buat kawan-kawan dan saudara yang selalu aku kenang dan rindukan, yang selalu berfacebook dengan aku, yang duduknya jauh dari segi jarak tapi dekat di hati aku, korang semua aku respek la beb...